Thursday, July 29, 2010

Mesti Disaksikan (Sebuah Titipan Kisah Yang Meruntun Jiwa)

Latihan Sukaneka dan Olahraga SK Gunong

Sukaneka dan Olahraga Tahunan akan diadakan di sekolah ini pada 7 Ogos ini. Semua rumah sukan sedang giat mengadakan latihan intensif memandangkan masa yang semakin singkat. 

Minggu ini, Rabu (Rumah Merah dan Kuning), Khamis (Biru dan Hijau).

Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", yang bermaksud "bertanding".  

ISLAM tidak menolak sebarang bentuk kegiatan sukan malah sentiasa menggalakkan umatnya bersukan sebagai kegiatan riadah yang menyihatkan kerana Islam mengambil berat hal ehwal umatnya.  Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan sembahyang atau mengambil mudah soal aurat. 


 Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat.  Syarat dan peraturan yang perlu adalah wajib diguna pakai  sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Program Literasi dan Numerasi (LINUS)


Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012.

Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM sedang dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing.


Hari ini program LINUS SK Gunong  direalisasikan dengan aktiviti-aktiviti perlaksanaannya.  Antaranya mengadakan fasa-fasa mesyuarat bagi melihat perkembangan perlaksanaannya.  Guru Besar mendengar laporan baik dari segi perkembangan, permasalahan atau halangan yang perlu ditangani guru-guru LINUS. 
Selamat bermesyuarat..!

Wednesday, July 28, 2010

Mesyuarat Panitia Agama Islam

Tarikh    :  28.07.2010
Masa     :  10.30 pagi.
Tempat  :  Bilik Mesyuarat SK Gunong.

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik.

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Islam.


Guru Besar sedang memberikan perhatian
 terhap permasalahan yang disampaikan oleh para ajk panitia.
SK Gunong dalam proses penambahbaikan pengurusan Panitia Pendidikan Agama Islam ialah menumpukan tentang Sistem Fail, Mengadakan sejumlah 14 buah fail yang mengandungi : i. Minit Mesyuarat ii. Maklumat Guru iii. Surat Menyurat / Pekeliling iv. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran v. Pencerapan / Penyemakan Buku Latihan vi. Perancangan Peningkatan Panitia vii. Analisis Ujian dan Peperiksaan viii. Laporan Program / Aktiviti ix. Persatuan Agama Islam x. Perkembangan Staf xi. Kewangan xii. Bank Soalan xiii. PAFA xiv. j-QAF.  Kesimpulannya pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah perlu mematuhi kehendak dan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sukan dan Olahraga 2010


 Sir Amran memberikan cadangannya

Cikgu Rosli selaku PKKo telah memanggil mesyuarat ketua-ketua AJK kerja Hari Sukan yang akan diadakan pada 7 Ogos nanti.  Mesyuarat diadakan di Kantin SK Gunong. 



Ketua-ketua sedang berdiskusi tentang acara sukan yang bakal dipertandingkan.






 Perbincangan bernas dan padat telah menarik perhatian ahli mesyuarat memberikan pandangan dan idea mereka.  Mesyuarat dijalankan dengan mengikut prosedur rasmi, namun perbincangan dengan `method' yang santai amat menarik dan menyeronokkan.  Bahkan mesyuarat berjaya di`sudah'kan dalam waktu yang singkat.   Hasil perbincangan, adalah seperti di bawah.





ACARA SUKANEKA  SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG 2010
Tarikh             : 7 Ogos 2010
Hari                 : Sabtu
Tempat           : Padang Sekolah Kebangsaan Gunong

a)      Pra sekolah                “Tuju tin”  (2 kumpulan, 1 kumpulan 10 orang)
    Dikendalikan oleh       :  Puan Zarianti bt Salleh dan Cik Syeridatulnur bt Ahmad Shater

b)      Pendidikan Khas        : Water Sponge” (5 orang)
   Dikendalikan oleh       :  Puan Sunarti bt Hashim @ Chin, En. Ahmad Nazari b Said dan 
                                            Puan Rozana bt Hadziar

c)      Tahun 1                      : “Giant Ball” (4 kumpulan, 1 kumpulan 7 orang)
   Dikendalikan oleh       :  Puan Hjh Radziah bt Abd. Rahim dan Pn. Ku Faridah bt Ku
                                           Hassan

d)      Tahun 2                      :  “Big Foot” (4 kumpulan, 1 kumpulan 10 orang)
   Dikendalikan oleh       :  Puan Asnida bt Hashim dan Puan Ismayuzi bt Ishak

e)      Tahun 3                     :  “Drebelling” (4 Kumpulan, 1 kumpulan 10 orang)
   Dikendalikan oleh       :  Encik Saidin b Ismail dan Puan Norsilawati bt Hassan

f)       Tahun 4                      :  “Cocunot Shoes” ( 4 kumpulan , 1 kumpulan 10 orang)
   Dikendalikan oleh       :  Encik Hashim b Man dan Encik Imran b Mahmud

g)      Tahun 5                      :  “Tarik Upih Pinang” (4 kumpulan , 1 kumpulan 10 orang)
   Dikendalikan oleh       :  Tuan Haji Ahmad b Abdullah

h)      Tahun 6                      :  “Slow Cycling” (4 kumpulan, 1 kumpulan 10 orang)
   Dikendalikan oleh       :  Encik Yusop b A.Samad dan Puan Norlina bt Hamid

(Guru Rumah Sukan perlu menghantar penyertaan mengikut jadual di bawah.)
ACARA PADANG DAN BALAPAN  SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG 2010
Perhatian:
Guru Rumah Sukan perlu menghantar penyertaan mengikut jadual di bawah.
TAHUN
LELAKI
PEREMPUAN
ACARA
1 DAN 2
2
2
50 meter
3 DAN 4
2
2
80 meter
3 DAN 4
2
2
100 meter
5 DAN 6
2
2
100 meter
3 DAN 4
2
2
Lompat tinggi
5 DAN 6
2
2
Lompat tinggi
5 DAN 6
2
2
Lontar peluru
RUMAH
10

Tarik tali

Maklumat ini ehsan dari Cikgu Zakiyuddin.

Tuesday, July 27, 2010

Taklimat Prestasi, Kursus Dalam Perkhidmatan dan Hari Sukan.

Guru Besar Puan Azizah Ali sedang menyampaikan taklimat.
Taklimat prestasi kerjaya telah berjaya dilakukan bertempat di dalam Makmal Komputer sekolah.  Barangkali hal yang tidak menyeronok ialah semua guru terpaksa pulang lewat berbanding hari-hari biasa.  Namun, perkara positifnya pula ianya merupakan suatu aktiviti yang mampu menyentuh rasa kesedaran, menyuluh kekhilafan seorang insan dan muhasabah diri. Semua manusia tidak sempurna, maka wajar amalan saling ingat memperingatkan ini dilakukan dari semasa ke semasa. 



Perayaan Sukan Sekolah pula bakal diadakan pada 7hb Ogos nanti.  Persiapan padang sedang berlaku dengan amat rancak.  

Pak Long and Li berhenti penat setelah `mengerjakan' rumput di padang.
Rumput di `medan' telah hampir 90% dipotong rapikan, manakala garisan laluan larian padang `track' telah siap sedia digunakan.  Para peserta (atlit) rumah sukan akan mula berlatih bagi merebut kejuaraan bagi sesi kejohanan 2010.  Semua guru-guru pula telah dilantik menerima berbagai `jawatan' sempena hari sukan nanti.  Cikgu Rosli selaku PK Kokurikulum telahpun membacakan perlantikan guru-guru ke `jawatan' berkenaan bahkan menitipkan satu salinan kepada mereka.  Pertanyaan berkaitan tugas boleh menghubungi terus kepada beliau.

Kursus Pembinaan Web bakal dianjurkan selepas Hari Raya Puasa nanti.  Semua guru-guru SK Gunong dengan penuh semangat menanti-nanti kursus tersebut.  Dana atau peruntukan kursus yang berkurangan menyebabkan banyak kursus tidak dibiayai lagi, namun guru-guru SK Gunong dengan semangat yang waja dan berkobar-kobar telah bersepakat akan membiayai sendiri majlis ilmu yang ditunggu-tunggu itu.    

Peperiksaan Percubaan UPSR 2010


Pelajar Tahun 6 Sedang Tekun Mengarang
Hari ini bermula 7.45 pagi murid-murid Tahun 6 SK Gunong mulai dinilai tahap kefahaman akademik mereka. Sejak 6 tahun belajar, hari ini ilmu yang mereka perolehi diuji.  Sudah menjadi tradisi, dalam budaya menuntut ilmu guru menguji ilmu yang diperturunkan.  Tahap pengetahuan mereka untuk menghadapi UPSR sebenar perlu dikenalpasti.  Seramai 61 murid-murid Tahun 6 diberi `brefing' oleh Guru Besar sebelum memasuki kelas-kelas peperiksaan.

Jadual Peperiksaan hari ini ialah Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 1.  Seramai 9 guru ditugaskan mengawasi peperiksaan secara bergilir.  Murid-murid diharap mendapat pengalaman `diperiksa' sebelum  peperiksaan sebenar.

Semoga semua calon diberi ketenangan dan berjaya menjawab soalan dengan betul dan tepat.  Buletin mengucapkan selamat maju jaya.

Buletin SK Gunong

Assalamualaikum..!

Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah. Selawat dan salam dihadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.  Bersyukur kerana dianugerahkan kesihatan dan kekuatan bagi menerbitkan blog buletin sekolah ini.  Dengan Buletin ini, adalah diharapkan agar dapat dimanfaatkan oleh  khalayak umum, lebih-lebih lagi  oleh warga SK Gunong sendiri.  Selamat melayari SK Gunong Buletin dengan menaip http://skgunong.blogspot.com/..!