Sunday, February 20, 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN, MISI DAN VISI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”


 

MATLAMAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembang potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.



LENCANA SEKOLAH
                  LOGO SEKOLAH
Moto              :  Berusaha Berjaya.
Slogan          :  Menuju ke puncak.



Makna Lencana

Warna hijau melambangkan agama Islam menjadi Agama Rasmi dan alam sekitar yang sihat, kehidupan aman, damai dan penuh dengan kemakmuran. Hijau juga melambangkan kehidupan warga SK Gunong yang berakhlak, bersopan santun dan berbudi bahasa serta tinggi cita-cita.
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negeri Kedah.  Juga memberi makna, negeri Jelapang Padi  (Kebanyakan penduduk sekitarnya adalah pesawah).
Gunung melambangkan cita-cita dan kesungguhan warga SK Gunong (guru-guru, ibubapa dan murid-murid) yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan sesuai dengan slogannya menuju ke puncak kejayaan di dunia dan di akhirat.
Gambar bulatan lingkaran matahari pula melambangkan keberanian, kesungguhan dan ketabahan seluruh warganya.


Lagu Sekolah

Berusaha Berjaya
Menjadi cogan kata
Kami murid semua

Menimba ilmu di dada
Berazam penuh cita
Untuk di hari muka

Kepada ibu bapa
Harapan tak disia
Kepada guru mulia
Jasamu dikenang masa

Belajar dengan tekun
Berusaha dengan yakin
Berpandu rukun negara

Pada Allah di pohon doa
Selamat sejahtera
Ess Kee Jii  (SKG)
Berusaha Berjaya

PENYELENGGARAAN ICT

Makluman untuk sekolah-sekolah kelompok PKG Alor Janggus, sila lakukan pemeriksaan ke atas peralatan ICT sekolah yang mengalami masalah dan laporkan dalam portal STS Klik disini.
Bagi peralatan yang perlu diselenggara, sila isi borang berkenaan di bawah yang boleh di muat turun. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Pegawai PKG Alor Janggus.
  1. Borang Kew-04
  2. Borang Kew-PA09
  3. Borang PKPS-10
  4. Lampira-A
  5. Garis Panduan Penyelenggaraan ICT
  6. Salinan daftar harta modal yang disahkan

Tuesday, February 15, 2011

MAULIDUR RASUL 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh..
Salam Maulidur Rasul 2011 buat semua warga SK Gunong.
Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat. Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.


“Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu” (Surah at Taubah, ayat 128)
Bila menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad al Amin S.A.W kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan. Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati setiap waktu. Adalah dianjurkan kepada kita agar sentiasa berselawat keatas Baginda S.A.W sesuai dengan ayat 56 Surah al Ahzaab, “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”



Hari ini bersamaan 15 Februari 2011 (12 Rabiul Awal 1432), kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.
Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari.
Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.
SK Gunong Buletin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua warga SK Gunong dan siapa saja pembaca blog ini. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri sirah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam kehidupan. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik kehidupan.

Jom kita dengar sekali lagu dari kumpulan hijjaz yang bertajuk rasulullah
Hijjaz-Rasulullah
( 1 )
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran
Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya
( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran
Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
( ulang korus & 1 )
1 MALAYSIA 1 UMMAH


Sunday, February 13, 2011

PERHIMPUNAN BERSAMA PPD KOTA SETAR

En Johari bin Ahmad (Pen Pegawai Daerah Sains & Matematik)





















KWAMP DAN SBT 2011

PENDAFTARAN KWAMP DAN SBT 2011 MELALUI PORTAL ekasih
Bermula pada sessi persekolahan 2011, Semua bantuan persekolahan seperti Skim Bantuan Tuisyen (SBT) , Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan banyak lagi bantuan lain akan di salurkan kepada para pelajar yang layak berdasarkan daripada data yang dikutip daripada maklumat portal ekasih.

Bapa yang layak dan ingin memohon bantuan tersebut, hendaklah mendaftarkan sendiri maklumat peribadi dan pendapatan isi rumah secara online di Portal ekasih.
Siapa yang layak mendaftar?
Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar.
Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Ya. Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.
Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menuPendaftaran Ringkas, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas. Ruangan yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat yang wajib diisikan.

Pemakluman Mengenai Kemiskinan
Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.




Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih di:www.ekasih.gov.my.