Friday, March 04, 2011

UJIAN BULANAN 1

UJIAN PENTAKSIRAN 1 UPSR / UJIAN BULANAN 1 (08.03.2011 - 10.03.2011)



Peperiksaan atau Ujian Bulanan (Topikal) penting seperti juga Peperiksaan Pertengahan Tahun/Akhir Tahun dan UPSR memerlukan persediaan lebih daripada sekadar membaca semata-mata.  Tanpa persediaan rapi maka ramai murid akan mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usaha mereka.  Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan.  Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba.  Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang.  Untuk cemerlang dalam peperiksaan murid-murid perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata.  Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka. 
Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu.  Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan.  Artikel di Buletin SK Gunong ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persediaan fizikal, mental, emosi dan rohani.  Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan ........

"AKU BOLEH BERJAYA".  Melangkahlah ke dalam dewan peperiksaan dengan fikiran yang positif. 









Selamat Maju Jaya!!!