Thursday, May 26, 2011

SELAMAT BERCUTI (27HB MEI - 11HB JUN, 2011)

Assalamulaikum... dan salam sejahtera kepada semua warga SK Gunong... Diucapkan selamat bercuti sekolah. Dan untuk murid-murid semua isi ruang waktu dengan aktiviti-aktiviti yang berfeadah dan memberi makna. Isi waktu dengan ulangkaji pelajaran dan buat kerja sekolah yang telah disuruh oleh guru-guru sewaktu sebelum cuti sekolah baru-baru ini. Bagi murid-murid Tahun 6 pula, semestinya gunakan ruang waktu cuti sekolah ini dengan mengulangkaji pelajaran atau mana-mana topik yang belum mahir sebanyak mungkin. Ini adalah kerana UPSR sudah semakin menghampiri anda semua. Buatlah persediaan awal untuk mengelak diri daripada terperangkap dengan waktu di saat-saat akhir.



Murid-murid sekalian,
Pada cuti sekolah ini, elakkan diri daripada terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti melepak dengan kawan-kawan sampai pagi, menyaksikan rakan atau abang-abang anda berlumba haram, merokok dan sebagainya. Mungkin ruang waktu ini juga, murid-murid boleh membantu ibu bapa sama ada di rumah atau di tempat kerja.  Jangan pula anda lupa dengan kelas tambahan musim cuti yang telah dirancangkan jadualnya.

Akhir kata, selamat bercuti....