Merujuk surat siaran Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bertarikh 18hb Oktober, 2011 semua perlantikan DG29 dan DG41 (PJJ) dibekukan dan tertakluk kepada perjawatan yang diperlukan. Sila klik DI SINI untuk makluman tambahan.
`Pekeliling SPP mengenai Guru PJJ. Kalau ikutkan maksudnya bermakna sekarang ini guru PJJ DG41 bergantung kepada keperluan kekosongan jawatan dan bukannya seperti sebelumnya secara automatk dipanggi temuduga tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan......!!!!' kata seorang guru ahli forum.
Khirul Anuar Ishak Ya, betul. Hanya yg ditemuduga sebelum FEB 2011 shj yg akan dlantik. Yg selepas FEb 2011 kena tunggu kekosongan jwtn. Difahamkan KPM & JPA sdg berbincang utk memberikan DG41 KUP. Ertinya, kemungkinan tiada back dated/tunggakan. Lantikan mengikut tarikh jwtn diwujudkan. Bagi yg memohon temuduga pada THN 2011, mereka belum dipanggil utk temuduga sehingga ada kekosongan jawatan. Maklumat ini saya dpt semasa seminar KPPK Selangor yg disampaikan oleh Tuan Sulaiman Wak. S/U SPP
Hanya Allah sahajalah lebih mengetahui. Allah hu `alam..!
Wednesday, October 26, 2011
Tuesday, October 25, 2011
5 es dan 8 es ...APA TU?!
AMALAN 8S
Semasa berurusan dengan pelanggan
SALAM
Pemula bicara apabila berinteraksi dan memulakan sesuatu urusan.
SAYANG
Sayangkan kerja dan organisasi mendorong kita memberikan perkhidmatan yang terbaik
SEGAK
Sentiasa menjaga penampilan diri iaitu bersih dan kemas ketika menjalankan tugas
SEGERA
Setiap urusan dilaksanakan dengan cekap, pantas dan tanpa berlengah mengikut peraturan dan prosedur kerja sedia ada.
SEMPURNA
Memberi perkhidmatan terbaik yang lengkap dan memenuhi kehendak pelanggan.
SENSITIF
Prihatin terhadap keperluan pelanggan tanpa mengira masa serta peka dan bijak membuat penilaian apabila berhadapan dengan apa jua situasi.
SENYUM
Memberi senyuman dengan ikhlas mengikut kesesuaian situasi apabila berkomunikasi.
SOPAN
Sentiasa menjaga tutur kata yang sopan dan lemah-lembut serta sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap orang lain.
SALAM SAYANG abang yang SEGAK, SEGERA SEMPURNAkan SENSITIF sambil SENYUM SOPAN. Maklumat lanjut anda boleh perolihi di dengan click DI SINI!
KURSUS DALAM PERKHIDMATAN (LDP-in house training)
KURSUS PROFESIONALISME SK GUNONG
TARIKH : 25.10.2011
MASA : 1.30 PETANG.
TEMPAT : MAKMAL ICT
PESERTA : SEMUA GURU.
Beautiful Masjid Pictures from Around the World
We have dugg up some beautiful Masjids and Inside Masjids photos from around the world. We hope you will enjoy. The beauty of a Masjid’s architecture is often breathtaking and the design inside it’s walls resonate tranquility. If you have any Masjid Picture you can send it to this email address editor[@]iloveallaah[.]com. Please add the name and location of the masjid too. ✦ Please let us know in the comments which are your favorites! ✦ Please let us know if you could not find any masjid from your country. ••••► Be a part of ILoveAllaah.com's Mission to spread the true message of Islam by staying active everyday on the page's Posts and sharing it with your friends and family. Also, click "Like" and "Comment" on the posts so your friends see it often. ❤ Our 6.4+ million members can function like 120 million members group if you commit to LIKE 20+ Comments daily. Help ILoveAllaah.com spread the true message of Islam globally!!
Monday, October 24, 2011
Sunday, October 23, 2011
BERHATI-HATI!
PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran
Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.
Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.
Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.
Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.
Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.
Saturday, October 22, 2011
KEM IBADAH TAHAP 2 2011
TARIKH : 22.10.2011
MASA : 8.00 am - 2.30 pm
TEMPAT : DEWAN KANTIN SK GUNONG
Sifat anak yang soleh mentaati ibu ayah
Tidak membantah malah mentaatinya
Halus peribadinya mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga hanya kerana Yang Esa
Hormat pada yang tua Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Didalam kehidupan penuh pancaroba
Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman sentiasa dikasihi
Itulah diantara sifat anak-anak yang soleh
Friday, October 21, 2011
CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya..
Subscribe to:
Posts (Atom)







