Wednesday, February 29, 2012

Permohonan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

PEMBERITAHUAN: MEMOHON PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG2-1, DG2-2, DG2-3 DAN DG2-5 YANG MEMPEROLEH IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN UNTUK DINAIKKAN PANGKAT KE GRED DG1-1  
Sukacita dimaklumkan bahawa, di bawah perlaksanaan SBPA, skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD telah dipinda menjadi skim perkhidmatan bersepadu  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Jesteru, mana-mana PPPLD yang telah memperoleh ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) boleh dinaikkan pangkat ke DG1-1 tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan syarat pegawai berkenaan memilih opsyen SBPAUntuk maklumat lanjut sila klik dibawah:
 Daripada: Unit Naik Pangkat | 27 Februari 2012

KPPK POHON KENAIKAN BAGI GURU LULUS PTK

KUALA LUMPUR 28 Feb. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi kenaikan gaji atau pangkat kepada mereka yang telah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sebelum kaedah itu dimansuhkan.
Presidennya, Hasim Adnan berkata, ini bagi mengelakkan ketidakadilan kepada mereka yang telah lulus penilaian itu.
"Ramai guru-guru veteran yang setuju bahawa mereka yang telah ambil penilaian ini di peringkat tiga atau empat perlu diberi peluang untuk kenaikan gaji atau pangkat terlebih dahulu,” katanya kepada Bernama hari ini.
Katanya, terdapat kira-kira 10,000 guru yang tergolong dalam kelompok itu.
Justeru, Hashim memohon pihak JPA agar membuat pertimbangan semula dan memberi ruang setahun atau dua tahun sebelum memansuhkannya.
Sebelum ini, JPA mengumumkan untuk menggantikan PTK dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang dikatakan akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam mendapat kenaikan pangkat berkuat kuasa pada Julai ini.
Hashim berkata, pemansuhan serta-merta PTK juga dilihat tidak adil, yang mana bagi kelayakan jawatan di peringkat tinggi, keputusan penilaian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ijazah dan lain-lain diambil kira, tetapi keputusan bagi penilaian itu tidak diambil kira. — BERNAMA

Tuesday, February 28, 2012

SBPA, PENGUMUMAN PM DITANGGUH 19 MAC, 2012.


PETALING JAYA: The gathering of civil servants where the Prime Minister is expected to announce the Government’s decision on the Public Service New Remuneration Scheme (SBPA) has been postponed to March 19.
Cuepacs president Datuk Omar Osman said the gathering, organised by the congress, has been pushed back to a later date as Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak could not make it on March 12, the initial date.
He added that Cuepacs would discuss with officers from Najib’s office today about the programme for the gathering.
Omar said yesterday that the Prime Minister might announce the Government’s response to their proposed review of SBPA, including reviewing the maximum salary scale and the grade structures as well as the salary increase of between 7% and 13% at the gathering.
“About 15,000 civil servants are expected to turn up for the event at Stadium Putra, Bukit Jalil,” he said.
On Feb 23, it was reported in a Malay daily that nine senior officers from Cuepacs met the Prime Minister to convey the feedback they received after travelling around the country.
Cuepacs had voiced its disapproval pertaining to the implementation of SPBA, originally due on Jan 1, leading to the setting up of a special task force to recommend changes to the scheme.
Sumber : The Star.

Saturday, February 25, 2012

MAULIDUL RASUL 2012 PERINGKAT SK GUNONG






















SBPA, TUNGGU PENGUMUMAN NAJIB 12HB MAC, 2012 INI.

Pak Omar masam saja, berita tidak baik ke..!?

PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan 45 minit dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam," katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.

Omar berkata Cuepacs sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.

"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya.

Omar berkata Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan.

Thursday, February 23, 2012

GAJI BARU PENJAWAT AWAM, REALITI ATAU ILUSI? BERI PANDANGAN ANDA..!

cadangan gaji sbpa baru Cadangan Gaji SBPA Baru Cuepacs : Kenaikan Gaji RM700   RM2,500 Bagi Gred 1   Gred 54
Nampaknya keputusan semakan SBPA masih belum diketahui lagi seperti yang dijanjikan oleh Cuepacs sebelum ini. Mungkin ini ada kaitannya dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan oleh Cuepacs semalam sehingga membuatkan pasukan petugas SBPA berfikir dua tiga kali untuk menilainya….
Cadangan gaji SBPA baru yang dibentangkan oleh Cuepacs (Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) ini lebih terarah kepada gred 1 – 54. Berbanding kumpulan premier dan jusa yang sudah pun “berjaya” menikmati gaji SBPA sekitar RM60,000, RM45,000, RM30,000 sebulan. Mereka dah dapat dah pun. Ini contohnya :
  • Premier 1 : gaji RM60,000 sebulan tanpa elaun
  • Premier 2 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
  • Premier 3 : gaji RM40,000 sebulan tanpa elaun
  • Premier 4 : gaji RM35,000 sebulan tanpa elaun
  • JUSA C : Kenaikan melebihi RM5,000


Cadangan gaji SBPA yang dituntut oleh Cuepacs ini agak memeranjatkan kami juga sebenarnya.

Antara Tuntutan & Cadangan Gaji SBPA Yang Dikemukakan Ialah :

  1. Memberi kenaikan gaji di antara RM700 hingga RM2,500 melibatkan kakitangan awam Gred 1 hingga Gred 54.
  2. Kenaikan gaji tersebut yang dituntut Cuepacs ini mesti dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM)
  3. Selepas kenaikan gaji tersebut berjaya dilaksanakan barulah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) boleh dibuat penambaikan
  4. Kakitangan awam yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.
  5. Contohnya kakitangan awam yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500
  6. Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji setimpal dengan usaha mereka selama ini.

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Kenaikan Gaji

  • Gred 1 – 16 : Kenaikan gaji sebanyak RM700
  • Gred 17 – Gred 26 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,000
  • Gred 27 – Gred 40 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,500
  • Gred 41 – Gred 48 : Kenaikan gaji sebanyak RM1,800
  • Gred 52 – Gred 54 : Kenaikan gaji sebanyak RM2,500

Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Contoh Pengiraan

  • Gaji kakitangan awam gred 17 semasa dalam SSM : RM820
  • Selepas kenaikan gaji sebanyak RM1,000 : RM1800
Cadangan Gaji SBPA Cuepacs : Pilihan Yang Diberikan Oleh Cuepacs :
  1. Pertama : Cuepacs rasa cadangan gaji SBPA yang dibuat mereka ini munasabah selari dengan hasrat kerajaan yang dikatakan mahu merapatkan jurang pendapatan yang besar antara pegawai rendah dengan atasan.
  2. Kedua : Jika pasukan petugas SBPA merasakan ia akan melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs minta kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan
  3. Ketiga : Kalau itu pun tak boleh juga, Cuepacs minta apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru
P/S : Tuntutan Cuepacs telah pun dibuat. Nantikan tindakan selanjutnya oleh pihak kerajaan selepas ini. Apa pandangan anda dengan cadangan gaji SBPA yang dikemukakan Cuepacs ini?

GAJI BARU (PERMOHONAN DARI CUEPACS)!!!


PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54
(RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini hari ini.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap
maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan
selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan
gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun
lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar
tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah
lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa
berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang
di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam
SBPA.

"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs
lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan
jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan
gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan
disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu
ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.-- BERNAMA

Saturday, February 18, 2012

Guru tidak akan naik pangkat secara automatik: Muhyiddin



BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak.
"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini sudah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.
Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA

15,000 guru berijazah belum naik gred DG41




Terpaksa tanggung beban bayaran pinjaman pendidikan
SEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred DG41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.
Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum ini.
Katanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama.
“Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen.
“Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan. 
“Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. 
Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat.
Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa. 
Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya.
Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan.
“Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji, tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya.

Tuesday, February 14, 2012

MAULIDUL RASUL 2012


Bagaimana hendak mencintai seorang manusia yang kita tidak pernah jumpa?
Tidak pernah bertentang mata.
Tidak pernah melihat wajah dan susuk tubuhnya.
Soalan itu menerjah fikiran kita hari ini, tatkala diajak mengasihi seorang lelaki Arab bernama ‘Muhammad bin Abdullah’.
Apatah lagi yang diajak itu adalah anak-anak.
Mungkinkah mereka jatuh cinta dengan ‘lelaki itu’?
Lelaki yang tidak pernah ditemui. Tidak pernah dikenali.
Namun mencintai seorang secara ghaib bukan sesuatu yang mustahil. Lihat geng-geng rambut pacak itu. Mereka itu sedang bercinta dengan siapa? Cuba tanya siapa pelopor rambut pacak itu, di mana kampungnya, apa makanan kegemarannya, siapa isterinya, apa nama anak-anaknya dan mengapa nama mereka begitu, dia bermain bola dengan kelab mana, pasti rambut pacak itu mudah disusuli dengan jawapan lengkap pada soalan-soalan itu tadi.
Tetapi pernahkah mereka bertemu dengan David Beckham?
Bertuturkah mereka dengan bahasa Beckham?
Pernah ke Manchester?
Pernah ke Madrid?
Pernah ke Los Angeles?
Majoritinya hanya menggelengkan kepala.
Tetapi mereka sangat memuja lelaki itu. Baik lelaki, mahu pun perempuan. Mereka tidak pernah bertemu dengannya, tetapi ‘amat menyintainya’.
Tanyalah budak muda rambut lebat sikat ke depan, kurus kering mendedah tulang rusuk dengan gaya seksi seperti K-Pop yang dipaksa menjadi M-Pop, mereka itu sedang bercinta dengan siapa? Pernahkah mereka ke bumi Sonata? Bertuturkah mereka dengan bahasa Korea? Pasti sahaja genre yang dipaparkan itu lengkap dengan info sirah kehidupan Kim Jaejoong dan Jung Ji-Hoon.
Generasi muda kita memang ramai yang sedang bercinta dengan cinta yang ghaib. Menyintai seorang yang tidak pernah ditemui.
Keupayaan cinta yang sepatutnya membolehkan mereka mencinta lelaki ghaib paling hebat, Muhammad bin Abdullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
SEPERTI AL-QURAN
Ali bin Hussein bin Ali radhiyallahu ‘anhum pernah berkata, “Kami diajari dengan Seerah sebagaimana kami diajari dengan al-Quran”
Seorang cicit juga sudah masuk ke cabaran itu.
Mencintai moyangnya, seorang Rasul yang mulia, lelaki ‘ghaib’ yang tidak pernah ditemuinya. Namun cintanya kepada Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam datang hasil pendidikan. Beliau didedah, diajar, dibentuk dan membesar dengan mempelajari Sirah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, seperti mana dampingannya dengan al-Quran itu sendiri.
Apakah yang menemani anak-anak kita?
Cukupkah beberapa minit di sekolah mereka didedahkan kepada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam?
Sesungguhnya anak-anak kita mampu mengasihi ‘lelaki ghaib yang tidak pernah ditemui itu’.
Asalkan mereka dididik mengenalinya oleh kita yang terlebih dahulu perlu bertanya, “cintakah aku kepada lelaki ghaib itu?”

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” [Al-Ahzaab 33: 56]

Thursday, February 02, 2012

KEM KEPIMPINAN DI KEM SINGKIR

TARIKH   : 31.01.2012 - 02.02.2012.
TEMPAR  : KEM SINGKIR
                   (PUSAT KOKURIKULUM NEGERI KEDAH)
PESERTA : 81