Profil Sekolah

Latar Belakang
Sekolah Kebangsaan Gunong mula diasaskan pada tahun Masihi 1916 dengan diberi nama Sekolah Melayu Gunong (Gunong Malay School).  Bangunan pertama sekolah didirikan secara gotong-royong yang dipelopori oleh Guru Besar, Penghulu dan penduduk setempat. 
Bangunan ini didirikan menggunakan kayu, berdinding pelupuh, beratap nipah dan berlantaikan pasir.  Bangunan tersebut mempunyai 4 kelas iaitu darjah 1 hingga darjah 4 denga 4 orang guru serta 80 orang murid lelaki.
Kelas pembelajaran dijalankan 2 sesi iaitu pada sebelah pagi pelajaran akademik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Jawi), Kira-Kira dan Berkebun.  Pada sesi petang pula ialah pelajran Al-Quran dan Agama Islam.

Bangunan ini didirikan p[ada tahun 1935 iaitu bangunan batu dan masih utuh sehingga hari ini.  Selepas itu murid mula bertambah walaupun bangunan kedua didirikan tetapi masih tidak dapat menampung dan beberapa kelas terpaksa menumpang di bangunan masjid dengan beberapa kelas dibuka di Masjid Sungai Baru.  Pada tahun 1945 sekolah ini ditukar kepada Sekolah Umum Gunong. 

Semasa pemerintahan Jepun 1942 sekolah ini berjalan seperti biasa dengan tidak mengubah isi pelajarannya.  Kegiatan sukan bermula dalam tahun 50-an dalam bidang olahraga dan menempuh kejayaan dalam arena bola sepak tempatan.
Pada tahun 1961 ditukar pula kepada nama Sekolah Kebangsaan Gunong hingga ke hari ini.  Pada masa itu beberapa buah bangunan kayu termasuk rumah guru dibina.  Pada tahun 1978 sebuah bangunan 3 tingkat dibina dengan menempatkan pejabat, bilik darjah, klinik gigi, pusat sumber, dewan dan tandas.

Professor Datuk Dr. Shahnon Ahmad pernah menjadi guru di sekolah ini dalam tahun 60-an. 

Sekolah ini juga pernagh dipinjamkan sebagai sekolah menengah pada sesi petang.  Yang Berhormat Dato’ Hj. Zakaria bin Said bekas EXCO Kerajaan Negeri Kedah DArul Aman ialah bekas penuntut sekolah ini.