MINIT MESYUARAT INDUK HAL EHWAL MURID (HEM) KALI PERTAMA 2011
Tarikh : 09.01.2011.
Hari : Ahad.
Masa : 1.30 tengah hari.
Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Gunong.
Pengerusi : Guru Besar.
Hadir : 17/20
Tidak Hadir : 1. Pn Sunarti binti Chin - Bersalin.
2. Pn Hjh Salwa binti Saad - Sakit Lutut.
3. Pn Zarina binti Othman - Bersebab.
AGENDA 1 : Perutusan Pengerusi.
1.1. Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kerana kehadiran semua AJK
pada Mesyuarat Induk HEM kali pertama.
1.2. Mengingatkan bahawa kehadiran mesyuarat adalah perkara penting dan perlu diambil berat. Guru-guru perlu meminta kebenaran GB terlebih dahulu jika tidak dapat hadir. Perbuatan menipu MC (Medical Checkup) perlu dielakkan kerana apabila sabit kesalahan, pegawai berkenaan boleh dihukum sehingga peringkat diberhentikan kerja.
Makluman : Semua guru.
AGENDA 2 : Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Lepas.
2.1. Hj Ahmad bin Abdullah membentangkan minit mesyuarat lalu yang bertarikh 31
Oktober, 2010.
2.2. Pengerusi minta agar minit disahkan.
2.2.1. Cadang sa : Pn. Rohaini binti Abdul Rahman.
2.2.2. Sokong cadangan : Pn. Asnida binti Hashim.
2.2.3. Diterima sebulat suara.
AGENDA 3 : Perkara Berbangkit.
3.1. En Zakiyudin bertanyakan tentang penggabungan kelab seperti diputuskan
dalam mesyuarat lalu yang akan dilaksanakan pada tahun ini (2011).
3.1.1. En Azizan (PK HEM) menegaskan bahawa keputusan penggabungan
Kelab Pencegahan Jenayah, PPDa, RIMUP dan Denggi seperti yang
dicadangkan dalam mesyuarat lepas adalah TIDAK dilaksanakan.
Tetapi, akan kekal seperti biasa agar lebih ramai guru boleh
memberikan khidmat mereka. Beliau berharap dengan keputusan tidak
menggabungkan kelab, tugas guru-guru akan lebih ringan kerana bukan
hanya seorang guru sahaja yang akan melaksanakan aktiviti-aktiviti kelab.
Makluman : AJK berkaitan.
3.2. Perjumpaan waris bagi menandatangani buku rekod untuk peperiksaan akhir
tahun yang tertunda akibat banjir 2010 akan dilaksanakan bersama pada
perjumpaan waris semasa menandatangani buku rekod profil murid bagi
peperiksaan pertengahan tahun 2011.
Makluman : Guru Kelas.
3.3. Tentang tanda nama murid-murid, pihak AJK berkaitan dan PK HEM akan
memanggil jurujual tanda nama untuk mendengar maklumat tentang harga. GB
meminta agar tanda nama murid berasaskan kain/sulaman bukan seperti
tanda nama pegawai kerajaan untuk mengelak dari kehilangan, kerosakan pada
baju murid dan mengelak bahaya murid tercucuk pin.
Tindakan : HEM dan AJK berkenaan.
3.4. Encik Rosli (PKKo) bertanyakan tentang Peti Kecemasan ada di mana? GB
meminta AJK Keselamatan dan Kebajikan murid mengambil tindakan. Beliau
meminta agar AJK berkenaan memastikan peti keselamatan tersebut berfungsi.
Beliau meminta agar Peti Keselamatan itu sentiasa dipastikan agar ubat-ubatan
asas yang perlu, sentiasa dalam keadaan yang cukup dan boleh digunakan.
Tindakah : AJK Keselamatan & Kebajikan.
AGENDA 4 : Isu-Isu Semasa.
4.1. Perlantikan rasmi semua AJK Induk HEM. Surat-surat perlantikan disampaikan
kepada semua Setiausaha mengikut jawatankuasa masing-masing. Perlantikan
adalah seperti tertera dalam Buku Takwim SK Gunong 2011.
Makluman : Semua guru.
4.2. Pelan Taktikal Rancangan Peningkatan Tahun 2011 Bidang Hal Ehwal Murid juga
diedarkan kepada setiap jawatankuasa.
Menjelaskan lagi tentang Plan Taktikal ini, GB meminta setiap AJK berkaitan
melaksanakan Perancangan Operasi, contohnya memberikan kursus kepada para
pengawas sekolah agar mempamirkan tata kelakuan yang sopan. Perancangan
taktikal dan perancangan operasi perlulah dibuat mengikut format standard.
Maksudnya kertas kerja itu perlulah ada perkara-perkara seperti berikut di bawah.
4.2.1. Pendahuluan.
4.2.2. Objektif.
4.2.3. Sasaran, dan lain-lain. (Format yg standard) – AJK perlu menyiapkan dalam
masa 3 minggu dari tarikh mesyuarat ini.
Tindakan : Semua AJK Induk HEM.
4.3. GB menambah, semua ini perlu dilakukan kerana mahu meningkatkan status SK
Gunong dari Sekolah Harapan kepada Sekolah Berprestasi Cemerlang. Oleh
demikian, guru-guru diminta memfokuskan kepada urusan-urusan P&P
berbanding hal-hal remeh temeh yang lain.
Makluman : Semua guru.
4.4. Murid-murid SK Gunong kelihatan ramai yang tidak ikut peraturan sekolah, gejala
ini perlu tindakan AJK berkaitan. Contohnya wujudkan buku peraturan sekolah
dan jual kepada murid-murid. Pada 19.01.2011 nanti, satu mesyuarat yang akan
membincangkan latar belakang, visi, misi, logo sekolah akan diadakan.
Tindakan : AJK Disiplin.
AGENDA 5 : Hal-Hal Lain.
5.1. PK HEM menyatakan perlantikan AJK Induk dalam Unit HEM telah dibuat lebih
awal, namun selepas itu dimurnikan lagi serta dimuktamadkan oleh Puan GB.
Harap guru-guru menerima perlantikan ini dengan hati terbuka. Beliau meminta
Setiausaha dan AJK berganding bahu saling membantu dan `bergerak’ bagi
pastikan perancangan dapat dlaksanak dengan lancar. Mesyuarat di peringkat
AJK perlu diadakan sekurangnya sebanyak 3 kali. (Awal, pertengahan dan akhir
tahun).
Tindakan: Semua AJK.
5.2. GB meminta agar dibuat plan operasi untuk perlantikan pengawas. Peraturan
sekolah diadakan segera dan dijual kepada setiap murid.
Tindakan: AJK Disiplin.
5.3. GB mencadangkan satu Perjumpaan Waris Tahun 6 diadakan pada 20.01.2011
nanti, jam 11.15 pagi bertempat di Kantin SK Gunong. Program hendaklah
dianjurkan secara bersama iaitu Unit HEM dan Unit Kurikulum.
Tindakan : Unit HEM & Kurikulum.
5.4. GB mencadangkan lagi satu Perjumpaan Waris Tahun 4&5 diadakan pada
10.02.2011, juga jam 11.15 pagi bertempat di kantin sekolah.
Tindakan : Unit HEM & Kurikulum.
5.5. Cikgu Azizan memaklumkan bahawa sehingga tarikh ini, RMT hanya 2 murid yang
layak. Pihak HEM telah terlajak member i sarapan kepada murid sebanyak 66
murid X RM1.80 = RM 118.80. HEM mencadangkan satu surat dibuat agar pihak
PIBG menanggung sarapan murid seramai 66 orang tersebut. Surat tersebut akan
dibuat oleh AJK Kantin/RMT kepada SU PIBG untuk memohon membayar balik
kepada pihak yang menyediakan makanan RMT.
Makluman : Semua guru.
Tindakan: AJK Kantin/RMT.
5.6. GB menegaskan bahawa Data Guru, semua guru boleh buka dan
mengemaskinikannya.
Makluman : Semua guru.
5.7. PK1 meminta guru-guru berkenaan meletakkan gambar pada papan carta
organisasi sekolah agar ia nampak lebih sempurna.
Tindakan : Guru Berkenaan.
5.8. GB memberikan peluang untuk bercakap hal-hal lain kepada setiap AJK Induk,
namun semuanya tiada apa-apa untuk dicadang dan diucapkan seterusnya beliau
menangguhkan mesyuarat ke satu masa yang akan diberitahu nanti pada tepat
jam 3.15 petang.
Dicatit oleh, Disemak oleh,
…………………………………………. …………………………………….
(HJ AHMAD BIN ABDULLAH) (EN AZIZAN BIN YAHAYA)
Penyelaras Unit HEM, GPK HEM,
SK Gunong. SK Gunong.