Friday, December 31, 2010

KAKITANGAN AWAM BERCUTI MALAYSIA JUARA BOLA PIALA SUZUKI AFF

SEKOLAH DIBUKA 3HB JANUARI, 2011 (ISNIN)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala Suzuki AFF.

KUALA LUMPUR: "Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih oleh pasukan muda Malaysia. “Syabas kepada juara Piala Suzuki 2010!,” katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui twitter sejurus pasukan Malaysia meraikan kemenangan bersejarah di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia, malam tadi. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pula berkata kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia membuktikan tidak ada yang mustahil untuk dicapai negara sekiranya benar-benar mengidamkan kemenangan itu.

Beliau percaya kejayaan itu akan menjadi pemangkin untuk skuad negara merekodkan lebih banyak kejayaan pada masa depan sekali gus menjadikan mutu bola sepak Malaysia kembali dihormati bukan saja di Asia Tenggara malah di seluruh dunia.

Sambil merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, jurulatih kebangsaan, K Rajagobal, pemain dan pegawai pasukan, Muhyiddin turut yakin kemenangan itu tidak akan melekakan skuad kebangsaan menghadapi persaingan lebih sengit pada masa depan.

“Saya ingin menggesa pemain untuk terus mengekalkan prestasi sekali gus meningkatkan kecemerlangan dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penyokong yang memberi galakan serta dorongan yang tidak berbelah-bahagi terhadap skuad kebangsaan.

“Aspirasi inilah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira-wira bola sepak kita bagi mengecapi kemenangan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, pencapaian Malaysia sebagai negara keempat menjuarai Piala Suzuki AFF selepas Thailand, Singapura dan Vietnam menjadi lebih manis selepas menunggu selama 14 tahun sejak piala diperkenalkan pada 1996.

“Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia – megah, terharu dan paling utama semua merasa bersyukur kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit terutamanya pemain dan jurulatih, Rajagobal berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kejuaraan,” katanya.

Tuesday, December 28, 2010

Huraian Sukatan Pelajaran, Lesson Plan & Teaching Aids.

Persediaan Tahun 2011 

Salam untuk semua pendidik SK Gunong.

Seminggu lagi sekolah dibuka, detik-detik terakhir ini amat penting diisi dengan menyiapkan hal-hal berkaitan P&P sebelum 2011 memancarkan sinarnya .  Sekiranya ditangguhkan, pasti hilanglah ketenangan  sebaliknya timbul tekanan.  Ia (tekanan) berlaku kerana, pada 2hb Januari 2011 nanti, guru-guru perlu pula melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti mengajar, mendaftar murid, bermesyuarat AJK Panitia, mengurus persatuan dan sebagainya.  Justeru itu, andainya tuan/puan tidak mahu kehilangan `life' atau keseronokan bekerja maka uruslah masa anda sebaiknya.  Lakukan aktiviti mengikut jadual.

Kepada semua rakan-rakan, SK Gunong mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.  Marilah kita berazam dan menjadikan 2011 sebagai tahun persekolahan yang lebih baik dari 2010. 

Berikut CLICK DI SINI adalah Huraian Sukatan Pelajaran - KSSR dan KBSR.  Semua mata pelajaran, semua tahun. Hanya klikkan di atasnya, akan muncul nanti Huraian Sukatan Pelajaran yang anda hajati.  Unit ICT SK Gunong sentiasa membantu anda mendapatkan info.  Sentiasalah berkunjung ke Makmal ICT.  Jadual kunjungan boleh dilihat di papan info Makmal ICT. 

Selamat Maju Jaya.

Thursday, October 14, 2010

Wednesday, October 13, 2010

SK GUNONG Buletin: LAPORAN BULETIN UTAMA TV3

SK GUNONG Buletin: LAPORAN BULETIN UTAMA TV3

LAPORAN BULETIN UTAMA TV3

Lantai Bilik J-Qaf Runtuh

Gambar Blok Bangunan Sekolah Lantai Runtuh
























10 murid cedera, lantai kelas runtuh

13/10/2010 1:12pm

ALOR SETAR 13 Okt. – Seramai 10 orang murid Sekolah Kebangsaan Gunung di sini cedera setelah lantai kelas agama di sekolah itu runtuh secara tiba-tiba.
Tiga daripada mangsa itu dipercayai patah kaki dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi ini. – Utusan

Utusan Malaysia Online

Utusan Malaysia Online

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

Monday, September 27, 2010

MAJLIS PERSARAAN PAK LONG






Selamat Bersara Pak Long!!!




Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kerjasamamu gemilang
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
SELAMAT BERSARA!!!


































































Selamat Bersara...semoga usia yang ada diberkati

sentiasa.  Amin!