Thursday, December 29, 2011

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 DAN PRA SEKOLAH 2012

TARIKH : 29.12.2011.
MASA : 8.30 PAGI.
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH.





MESYUARAT STAF AKADEMIK SK GUNONG

TARIKH : 28.12.2011.
MASA : 9.00 PAGI.
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH.
PENGERUSI : GURU BESAR.




Thursday, December 15, 2011

Wednesday, December 14, 2011

BORANG BANTUAN 1M

Saya tahu ramai yang sedang sibuk mencari borang bantuan RM500 yang sedang heboh dihangatkan sejak semalam. Yelah, hari ini sahaja dah masuk 11 Disember 2011, jadi semalam memang sibuk orang serbu ke pusat-pusat yang berkenaan untuk membuat pendaftaran dan permohonan untuk bantuan Rakyat 1 Malaysia. Yang ada internet pula, pastinya sibuk mencari link download borang bantuan rakyat 1 Malaysia. Betul tak?
Bagi yang layak..borang tersebut boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Jabatan Pembangunan Persekutuan, lobi utama Kementerian Kewangan dan sekolah-sekolah terpilih dari 9 pagi hingga 5 petang. Yang ada internet, boleh download melalui link dibawah dengan kadar yang segera.
Download/muat turun online Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500:
Saya jumpa link download dari Filesonic dan Mediafire. Boleh pilih nak download dari sumber yang mana satu anda suka. Diulangi, ianya percuma. Tak perlu kena bayar apa-apa untuk download borang ini.
Saya yakin ramai yang tak tahu tentangSyarat Layak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 ni bukan? Jadi, sila rujuk dengan beberapa point dibawah. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak dalam hal ini.
Syarat Asas :
  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah berpendapatan kasar RM3000 dan ke bawah sebulan
Dokumen Wajib :
  • Borang Pendaftaran BR1M
  • Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera
  • Salinan Gaji
  • Jika anda penerima bantuan e-Kasih, anda layak menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia.
Kelayakan dan Definisi Ketua Isi Rumah
Dari sumber Mekanisma BR1M, bantuan ini diberikan kepada ketua keluarga atau ketua isi rumah. Ianya merangkumi indidu yang berkahwin, ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan dan warga emas sebatang kara. Ilustrasi dibawah penerangan bagaimana anda layak untuk memohon BR1M

Ok. Dah lengkap semua kan? Apa yang perlu anda lakukan?
Borang yang sudah lengkap bolehlah diserahkan melalui Pejabat Daerah, wakil rakyat, Ketua Kampung, LHDN & sekolah-sekolah yang terpilih, ianya harus dikembalikan sebelum 10 Januari 2012, manakala bagi Pembayaran BR1M, ianya akan dibuat pada pertengahan bulan Jan kepada penerima yg layak setelah semakan dibuat oleh Kementerian Kewangan (MoF).
Bagi pemohon yang tidak mempunyai slip gaji, contohnya berkerja sendiri, boleh mendapatkan pengesahan dari wakil rakyat ataupun ketua kampung.
Untuk maklumat lanjut boleh diakses dengan melayari laman web http://www.treasury.gov.my atau menghubungi talian 1-800-222-500.

SBPA : DIALOG DENGAN KPPA (TAN SRI ABU BAKAR HAJI ABDULLAH) DI TV 1. JANGAN LUPA AJAK KAWAN-KAWAN SEMUA, SAKSIKAN!!!

Sunday, December 11, 2011

SBPA - INGATAN DARI CUEPACS.

SBPA: CUEPACS nasihat penjawat awam tunggu keputusan kongres

11/12/2011 6:48pm

KOTA BAHARU 11 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menasihatkan kira-kira 1.4 juta penjawat awam agar menunggu keputusan kongres khas kesatuan minggu depan, sebelum menerima Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana kongres yang akan diadakan selama tiga hari bermula Rabu itu, akan meneliti dan membincangkan secara terperinci semua aspek dalam SBPA.
"Kita memang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam tetapi kita tidak boleh membuat keputusan kerana kita mahu mendengar semua pendapat penjawat awam termasuk semua wakil gred dalam perkhidmatan mengenai skim baru itu.
"Kita akan buat keputusan bersama. Kalau yang kurang di mana mahu tambah, kalau mahu kaji yang mana mahu dikaji semula,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Ramah Mesra Bersama Presiden CUEPACS, di sini hari ini. - Bernama

SBPA 2012


Saya telah menjelaskan dalam program Selamat Pagi 1Malaysia pagi tadi bahawa SBPA adalah langkah pertama dibawah Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) kearah kecemerlangan Perkhidmatan Awam. SBPA bukan pelarasan gaji yang diberi dalam bentuk peratusan secara one-off. SBPA adalah penyusunan semula gred gaji untuk mengatasi anamoli dan juga membuka peluang kepada semua PA mendapat kenaikan gaji yang sudah tentunya akan memberi faedah yang lebih baik semasa bersara kelak.

2. Walau pun terdapat perubahan kepada skim-skim tertentu tetapi adalah bagi tujuan untuk mempastikan skim yang ada masih relevan. Jika tidak sebab itulah skim berkenaan dijumudkan.

3. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan akan dibuat selepas pelaksanaan SBPA bilamana kajian keatas keperluan tred-tred dalam Perkhidmatan Awam selesai.

4. Buat masa ini SBPA masih lagi berasaskan kepada syarat lantikan minimum kedalam sesuatu skim perkhidmatan sepertimana yang ditetapkan dibawah SSM.

5. Dibawah SSM syarat lantikan minimum skim perkhidmatan Juruteknik Komputer gred F17, 22, 26 adalah SPM manakala calon lulusan Sijil Politeknik diberi gaji permulaan yang lebih tinggi. Dibawah SBPA Juruteknik Komputer diletakkan dibawah kelompok berkelayakan SPM dengan gred FT4-1, 4-2, 4-3. Manakala calon yang berkelulusan Sijil Politeknik menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi iaitu T4. Syarat lantikan ke skim perkhidmatan Juruteknik Komputer diperingkat SPM masih lagi relevan. Semakan dengan SPA mendapati calon yang dilantik antara tahun 2008-2010 dibawah skim ini adalah:
Tahun SPM Sijil Politeknik
2008 705 743
2009 988 997
2010 279 292

6. Prinsip ini samalah juga turut digunapakai bagi skim-skim perkhidmatan lain seperti PT(Kew), Pemeriksa Kereta Motor, Pembantu Penyediaan Makanan, Pembantu Akauntan dan lain-lain.

7. Berbeza dengan skim perkhidmatan Juruteknik gred J17, 22, 26 dimana syarat lantikannya adalah Sijil Politeknik. Ini adalah anamoli yang dimaksudkan. Oleh itu dibawah SBPA anamoli ini diperbetulkan dan perkhidmatan Juruteknik digredkan semula sebagai J3-1, 3-2, 3-3 dengan syarat lantikan minimum Sijil Politeknik dan penetapan gaji permulaan T1.

8. Berhubung dengan PA yang memasuki perkhidmatan dengan kelayakan minimum SPM, Sijil Politeknik, STPM dan Diploma yang kini memiliki ijazah dan memohon untuk ditukarlantik sebagai P&P kajian terperinci sedang dijalankan kerana jawatan P&P sedia ada amatlah terhad. Kaedah seperti pencatuman dan peningkatan bidang tugas jawatan yang syarat lantikannya Diploma/STPM adalah diantara langkah untuk menambah bilangan jawatan P&P bagi membolehkan mereka yang berkenaan ditukarlantik.

Saya berharap Penjawat Awam yang terlibat memahami prinsip-prinsip perkhidmatan yang saya nyatakan ini.

Selamat majujaya untuk masadepan kerjaya PA.

SBPA 2012 - RINGKAS LNPT KAKITANGAN AWAM

Bagi menjelaskan kaitan LNPT dengan tindakan susulan adalah seperti berikut:
1. Bilamana anda sudah memilih SBPA mulai 1.1.2012 penilaian LNPT tahun 2012 yang akan disemak pada tahun 2013
2. Bagi mereka yang mendapat markah 69 dan kebawah Penal yang dilantik akan membuat semakan adakah itu pertama kali PA berkenaan mendapat markah 69 kebawah. 
3. Bagi yang mendapat markah 69 kebawah untuk pertama kali Penal akan mengkaji sebab-sebabnya dan akan membuat perakuan supaya PA berkenaan diberi peluang untuk memperbaiki prestasi. Diantara perakuannya ialah kaunseling dan penempatan semula ke jawatan/jabatan lain supaya dapat dinilai oleh PPP dan PPK yang berbeza.
4. Bagi mereka yang sememangnya selama ini markah LNPT nya 69 kebawah termasuk LNPT tahun 2012 akan juga dibuat perakuan sewajarnya oleh Panel tersebut.
Itulah keadilan yang diketengahkan dalam SBPA ini. Panel yang ditubuhkan akan mempastikan tidak ada elemen penganiayaan berlaku sebelum keputusan muktamad diambil.



Tan Sri Abu Bakar Haji Abdullah, KPPA.

SBPA SUNTIK SEMANGAT KAKITANGAN AWAM

SBPA SUNTIK SEMANGAT KAKITANGAN AWAM

Berita Harian
9/12/2011



2011/12/09 JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan penjawat awam yang berpengalaman dan cemerlang tetap diberi keutamaan bagi mengisi jawatan tertinggi dalam sektor awam walaupun dasar Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan dilaksanakan 1 Januari depan turut membuka ruang kepada ‘orang luar’.




Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata pengambilan orang luar hanya dilakukan apabila keadaan sangat diperlukan tetapi masih tertakluk kepada penilaian dan saringan ketat. > Jaminan ini melegakan penjawat awam, termasuk Kongres Kesatuan Sekerja dalam Sektor Awam (CUEPACS) yang sebelum ini bimbang orang luar akan diambil mengisi jawatan tertentu dan menganaktirikan penjawat awam berpengalaman serta cemerlang untuk mengisi jawatan gred utama. Menurut amalan sekarang, hanya penjawat awam yang benar-benar cemerlang serta mempunyai pengalaman luas diberikan kenaikan pangkat menerajui jawatan gred utama. Amalan ini wajar diteruskan kerana mereka memahami selok belok perundangan, prosedur dan peraturan sektor awam.

Penjawat awam optimis SBPA yang akan dilaksana tahun depan berupaya melakukan transformasi mengubah penjawat awam menjadi pekerja berminda kelas pertama untuk meningkatkan produktiviti setimpal pemberian kenaikan gaji.

Dalam usaha memperkasa pembangunan modal insan kerajaan juga bersetuju memberi peluasan kemudahan cuti belajar bergaji penuh kepada pegawai kumpulan pelaksana mengikuti latihan kemahiran di bawah program ‘Skills Malaysia’.

SBPA ini turut membuat semakan dan unjuran tangga gaji sebaris berbanding tiga baris yang diperkenalkan sebelum ini dan pada masa sama, menyediakan laluan kerjaya lebih menarik kepada penjawat awam dengan tempoh kenaikan pangkat dipendekkan, tidak tertakluk kepada kekosongan.
Adalah menjadi harapan supaya dengan pelaksanaan SBPA ini kakitangan awam dapat meningkatkan produktiviti ke suatu tahap yang tinggi, berprestasi tinggi serta membudayakan cara bekerja baru.

YOSRI ABU MAHSIN,
Pegawai Perhubungan Awam KPWKM. 

SBPA 2012 - RUMUSAN MENARIK UNTUK DIFAHAMI.


Jennifer Tiansin  mengemukakan pandangannya secara umumnya;
1. Kumpulan perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
2. PPPS/PPLD tukar kepada PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
3. Tarikh pergerakan gaji kekal
4. Pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir
diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS (Jadual Gaji Sebaris)
5. Bagi pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, PPP diberikan satu
Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS
6. Di bawah SBPA hanya satu jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. - yang ikut percent tu untuk Kumpulan pengurusan tertinggi sahaja (??)
7. Kadar bagi empat (4) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok iaitu
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran
Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011
8. Umur bersara wajib 60 tahun WAJIB untuk lantikan selepas 1 Jan 2012.. Selain itu boleh kekalkan opsyen sedia ada
9. SSM dijumudkan dan dimansuhkan. Pegawai yang tak terima SBPA akan dibersarakan.



Terima kasih, Jennifer Tiansin atas perkongsian anda.

SBPA LAMPIRAN C GURU (SLIDE)



LAMPIRAN C SUDAH TIBA!!!!

Saturday, December 10, 2011

CARA KIRA SBPA..HANYA SATU PANDANGAN RAKAN FORUM...BETUL KE PANDANGANNYA???!

Kebanyakan komen yg dicatatkan di blog ni ada yang tak baca pekeliling sebab tu tak nampak naik gaji ke tak naik. Gaji akan dinaikkan satu tangga dalam SSM dahulu kemudian diletakkan gaji yg sama atau terdekat dengan skim SBPA iaitu tidak kurang daripada satu pergerakan gaji biasa....kemudian dinaikkan ikut pergerakan gaji tahunan pada skim SBPA pada tahun 2012 ertinya ada kenaikan la tu....

Contoh:- Gred 41 T9(2728.35)..dinaikan satu mata gaji ke T10(2820.19) dalam SSM...kemudian dipindahkan ke Jadual Gaji Sebaris (SBPA) T5(2835)...lepas tu kenaikan gaji tahunan 2012 ke T6(3060)...semua skim pun sama cara pengiraannya...

Harap2 dapat membantu...info yg diberikan...


Pandangan anda pula bagaimana???

SBPA LAMPIRAN-LAMPIRAN BERKAITAN GAJI GURU TANPA LAMPIRAN C



SBPA MAKLUMAT TAMBAHAN

Semua Pekeliling yang di senaraikan di bawah adalah dalam format PDF. Bagi yang tiada perisian Acrobat Reader, sila muatturun Acrobat Reader.
Lampiran B2: Senarai Skim Perkhidmatan Di Bawah SBPA KLASIFIKASI

LAMPIRAN C SBPA 2012




ANDA BOLEH LIHAT SEMUA PEKELILING SBPA DI SINI, HANYA KLIK SAHAJA DI SINI. Selepas itu cari Kementerian Pelajaran Malaysia.  Selamat Meneroka!!!

Friday, December 09, 2011

SBPA - KERISAUAN PENJAWAT AWAM.

`Ada dikalangan PA Menyatakan kerisauan berhubung dengan dasar membesarakan mereka yang berprestasi dibawah markah 70 (iaitu 69 kebawah). JPA telah membuat semakan keatas LNPT 2010 dengan mengambil sample 10% daripada jumlah PA atau lebih tepat seramai 131,196 orang dan mendapati :
Markah 90 keatas - 39%
Markah 80-89 - 55.6%
Markah 70-79 - 4.3%
Markah 69 kebawah - 1.1%
Ini bermakna hanya mereka dalam golongan 1.1% sahaja yang akan dibuat penilaian keatas prestasi oleh panel yang dilantik untuk mempastikan tiada penganiayaan berlaku sebelom tindakan membesarakan mereka diambil.
Saya percaya rakan-rakan yang berinteraksi dengan saya di FB ini bukanlah dalam golongan ini dan saya sentiasa mendoakan anda semua untuk terus berjaya dalam kerjaya mulia yang telah anda pilih ini iaitu PA'.



TAN SRI ABU BAKAR HAJI ABDULLAH
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

MBMMBI 2012 (kaitan dengan PPSMI)


Klik pada pic untuk besarkan.

Thursday, December 08, 2011

PEKELILING PELAKSANAAN SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PERSEKUTUAN

KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011

LAGI TENTANG SBPA 2012


BERIKUT MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) 2012 :

Semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan syarat kelayakan... 


Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat... Syarat sah d...lm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI... 


Kenaikan pangkat daripada : 

DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun

Kenaikan tahunan untuk : 


DG 41...RM 230 

DG 44...RM 250
DG 48...RM 270
DG 52...RM 290
DG 54...RM 320

GAJI PERMULAAN : 


DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925....maksimum RM 6220 

DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985....maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390....maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260....maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025....maksimum RM 11,505

Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018... 


Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula, 


Pada 2014 dan 2017 pelarasan gaji akan dilakukan bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan supaya menjelang 2020 pendapatan perkapitan kakitangan awam pada 2020 adalah USD15,000... 


• Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54.... semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.....( 1-3 tak ada )... 

Ni info yang saya dapat dari seorang rakan Pembantu Tadbir di Putra Jaya tetapi sekiranya pekeliling keluar dan saya post salah..sepuluh jari saya susun..

1.Akan wujud pelbagai lapisan gred spt berikut (secara kasar)

i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi
iv. Pengurusan dan Profesional
v. Pelaksana

Penilaian Markah Penjawat Awam markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam, secara kasar akan di nilai seperti berikut
a. Markah 95% keatas - kenaikan gaji adalah 15 %
b. Markah 85%-95% - kenaikan gaji adalah 8%
c. Markah 75 % - tiada kenaikan
d. Markah 70 % - di syorkan tamat perkhidmatan


Pemarkahan diatas adalah Key Performance Index @ (KPI)..sy pernah keje swasta..bonus tahunan akan dinilai dengan KPI. 


Mereka yg terlibat dengan PGT 5,8,15 % ini adalah dari golongan 
i. Premier
ii. Jusa
iii. Pengurusan Tinggi sahaja.


Ini berikutan gaji mereka dalam SBPA cuma ada minima dan maksima. Struktur penjawat awam lain adalah mengikut PGT SBPA (sistem gaji sebaris).

2. Fungsi jabatan yang bertindih dikecilkan skop (digabungkan).

3. Pewujudan Anugerah PPC (Pingat Pekerja Cemerlang):

i.Cemerlang dalam perkhidmatan
ii.Aktif dalam aktiviti masyarakat dan sukan
iii.Mengharumkan nama negara

4. Pencen dibayar pada umur 55 tahun (lagi info berkaitan akan diupdate).

5. Semakan Elaun & Kemudahan pada 2013 dan Semakan Pelarasan Gaji pada 2014.

6. Pegawai awam menolak SBPA : --> Kekal secara KUP dalam SSM & Terima gaji SSM.

7.Ada jawatan akan dijumud@digabung@dimansuhkan dalam SBPA.

8.Bagi skim perkhidmatan yang DIKEKALKAN dalam SBPA,sekiranya menolak SBPA;kekal dalam skim SSM,terima gaji SSM,naik pangkat dalam SSM.

**9. Kaedah Pengiraan Gaji Baru SBPA. Gaji sekarang akan diberikan satu kenaikan dalam skel gaji SSM. kemudian akan diselaraskan pada mata gaji sama @ tertinggi berhampiran dalam sistem gaji sebaris SBPA. Confius ke..sy simplifykan base on gred N17.

Gaji SSM

JADUAL GAJI : N17 P1:
T1 820.38
T2 870.29
T3 920.20
T4 970.11
T5 1020.02
T6 1069.90

Jadi untuk jadual baru gaji SBPA..katakan gaji saya sekarang P1T3 920.20..saya dapat satu anjakan gaji ke T4 terlebih dahulu..
maknanya gaji saya 970.11..selepas itu gaji saya akan diselaraskan ke mata gaji sama @ terhampir dalam SBPA iaitu T2 Rm 1,050. Sedikit hint gaji N17 SBPA.

Gaji SBPA

JADUAL GAJI : N17
T1 955
T2 1050
T3 1145
T4 1240
T5 1335
T6 1430

Wednesday, December 07, 2011

SPBA GURU (LALUAN KENAIKAN TANPA KEKOSONGAN JAWATAN)




SBPA 2012 - PERUBAHAN GRED DG GAJI GURU



1.       Guru DG41
-Ditukar kepada 1-1
-Gaji Permulaan RM1925 & Gaji Maksimum RM6220
-Kenaikan Gaji Tahunan ialah RM230
-Kenaikan Pangkat Daripada DG1-1 ke DG1-2 ialah 8 Tahun

2.       Guru Dg44
- Ditukar kepada 1-2
-Gaji Permulaan RM2985 & Gaji Maksimum RM7235
-Kenaikan Gaji Tahunan ialah RM250
-Kenaikan Pangkat Daripada DG1-2 ke DG1-4 ialah 8 Tahun

3.       Guru Dg48
- Ditukar kepada 1-4
-Gaji Permulaan RM4390 & Gaji Maksimum RM8710
-Kenaikan Gaji Tahunan ialah RM270
-Kenaikan Pangkat Daripada DG1-4 ke DG1-5 ialah 6 Tahun

4.       Guru Dg52
- Ditukar kepada 1-5
-Gaji Permulaan RM5260 & Gaji Maksimum RM9610
-Kenaikan Gaji Tahunan ialah RM290
-Kenaikan Pangkat Daripada DG1-5 ke DG1-6 ialah 3 Tahun

5.       Guru Dg54
- Ditukar kepada 1-6
-Gaji Permulaan RM7250 & Gaji Maksimum RM11,505
-Kenaikan Gaji Tahunan ialah RM320
-Kenaikan Pangkat Daripada DG1-5 ke DG1-6