Friday, December 09, 2011

SBPA - KERISAUAN PENJAWAT AWAM.

`Ada dikalangan PA Menyatakan kerisauan berhubung dengan dasar membesarakan mereka yang berprestasi dibawah markah 70 (iaitu 69 kebawah). JPA telah membuat semakan keatas LNPT 2010 dengan mengambil sample 10% daripada jumlah PA atau lebih tepat seramai 131,196 orang dan mendapati :
Markah 90 keatas - 39%
Markah 80-89 - 55.6%
Markah 70-79 - 4.3%
Markah 69 kebawah - 1.1%
Ini bermakna hanya mereka dalam golongan 1.1% sahaja yang akan dibuat penilaian keatas prestasi oleh panel yang dilantik untuk mempastikan tiada penganiayaan berlaku sebelom tindakan membesarakan mereka diambil.
Saya percaya rakan-rakan yang berinteraksi dengan saya di FB ini bukanlah dalam golongan ini dan saya sentiasa mendoakan anda semua untuk terus berjaya dalam kerjaya mulia yang telah anda pilih ini iaitu PA'.



TAN SRI ABU BAKAR HAJI ABDULLAH
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia.

No comments: