Sunday, December 11, 2011

SBPA 2012 - RUMUSAN MENARIK UNTUK DIFAHAMI.


Jennifer Tiansin  mengemukakan pandangannya secara umumnya;
1. Kumpulan perkhidmatan : Pengurusan & Profesional
2. PPPS/PPLD tukar kepada PPP (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
3. Tarikh pergerakan gaji kekal
4. Pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir
diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS (Jadual Gaji Sebaris)
5. Bagi pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, PPP diberikan satu
Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS
6. Di bawah SBPA hanya satu jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. - yang ikut percent tu untuk Kumpulan pengurusan tertinggi sahaja (??)
7. Kadar bagi empat (4) bayaran insentif yang ditetap berdasarkan gaji pokok iaitu
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran
Insentif Pedalaman dan Bayaran Insentif Wilayah adalah ditambat pada kadar gaji bulan Disember 2011
8. Umur bersara wajib 60 tahun WAJIB untuk lantikan selepas 1 Jan 2012.. Selain itu boleh kekalkan opsyen sedia ada
9. SSM dijumudkan dan dimansuhkan. Pegawai yang tak terima SBPA akan dibersarakan.



Terima kasih, Jennifer Tiansin atas perkongsian anda.

No comments: