Tuesday, December 28, 2010

Huraian Sukatan Pelajaran, Lesson Plan & Teaching Aids.

Persediaan Tahun 2011 

Salam untuk semua pendidik SK Gunong.

Seminggu lagi sekolah dibuka, detik-detik terakhir ini amat penting diisi dengan menyiapkan hal-hal berkaitan P&P sebelum 2011 memancarkan sinarnya .  Sekiranya ditangguhkan, pasti hilanglah ketenangan  sebaliknya timbul tekanan.  Ia (tekanan) berlaku kerana, pada 2hb Januari 2011 nanti, guru-guru perlu pula melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti mengajar, mendaftar murid, bermesyuarat AJK Panitia, mengurus persatuan dan sebagainya.  Justeru itu, andainya tuan/puan tidak mahu kehilangan `life' atau keseronokan bekerja maka uruslah masa anda sebaiknya.  Lakukan aktiviti mengikut jadual.

Kepada semua rakan-rakan, SK Gunong mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011.  Marilah kita berazam dan menjadikan 2011 sebagai tahun persekolahan yang lebih baik dari 2010. 

Berikut CLICK DI SINI adalah Huraian Sukatan Pelajaran - KSSR dan KBSR.  Semua mata pelajaran, semua tahun. Hanya klikkan di atasnya, akan muncul nanti Huraian Sukatan Pelajaran yang anda hajati.  Unit ICT SK Gunong sentiasa membantu anda mendapatkan info.  Sentiasalah berkunjung ke Makmal ICT.  Jadual kunjungan boleh dilihat di papan info Makmal ICT. 

Selamat Maju Jaya.

No comments: