Wednesday, March 21, 2012

SEMAK KEPUTUSAN SPM 2011

Salam semua, pada 7 Mac 2011 yang lepas kita baru sahaja menerima keputusan peperiksaan STPM 2011 yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini tiba giliran pula kepada adik-adik yang menduduki SPM 2011.

Keputusan SPM 2011 akan keluar secara rasminya pada 21 Mac 2012 dan semua calon SPM 2011 bolehlah mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing. Pada anda yang ingin mendapatkan keputusan melalui SMS disertakan panduan dan cara-caranya di sini.
 
SPM [No KP] [No Angka Giliran]
Hantar ke 15888
 
CONTOH:
SPM
941211025839
ABC123456789
SMS ke 15888

NOTA: Untuk semakan secara online anda bolehlah melayari laman sesawang Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia di www.moe.gov.my atau mendapatkan bantuan di Talian Bantuan  khas : 03-5569 2840 atau emel : careline@15888.my. 

Selamat melakukan semakan keputusan peperiksaan SPM anda. Semoga berjaya kepada semua calon SPM 2011 yang lepas. Pada yang tidak berjaya jangan putus asa dan masih boleh mencuba di lain masa.

No comments: