Thursday, September 02, 2010

IED MUBARAK (AIDIL FITRI) SEBELUM HARI RAYA




Majlis dimulakan dengan ceramah bertajuk Adab2 Menyambut Aidil Fitri dari Kaunselor SK Gunong Pn Salwa. 



Pertama:  Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana Hari Raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada hamba-hambanya. 

Kedua:  Menghidupkan malam Hari Raya dengan berzikir dan mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat tasbih hukumnya adalah sunat.

Ketiga:  Pada pagi Hari Raya pula, sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.

Keempat:  Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.  



Kelima:  Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya.


Keenam: Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.



Ketujuh:





Walaupun terdapat budaya masyarakat Cina yang lebih dikenali dengan pemberian Ang Pau pada sambutan tahun baru mereka, namun ia tidak menjejaskan akidah atau pegangan umat Islam dengan pemberian duit raya kepada golongan kanak-kanak. Ia satu amalan yang tidak ditegah Islam apatah lagi jika dibuat dengan penuh kesederhanaan dan tidak berlebih-lebihan mahu pun menunjuk-nunjuk.



Hanya pada hari raya sajalah kebanyakan kanak-kanak diberikan wang bergantung kepada kemampuan tuan rumah.


Apapun budaya memberi duit raya bukanlah satu pendekatan yang menyalahi tuntutan syarak. Amalan ini dibolehkan kerana dianggap sebagai satu sifat terpuji kerana bersikap dermawan. Sehubungan itu, baginda Rasulullah s.a.w. ada menyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah SWT Maha Dermawan dan Pemurah dan suka kepada orang yang bersifat pemurah dan dermawan, Dia juga suka kepada ketinggian akhlak yang luhur dan membenci sifat kikir." (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dengan darjat hadis yang sahih)



Tindakan positif dengan memberi duit raya tidak ada kena mengena dengan ajaran agama lain selain Islam, malah Islam telah memperkenalkannya sejak kedatangan nabi Muhammad s.a.w. yang sentiasa menganjurkan akhlak dan sifat terpuji.



Justeru, memberi duit raya kepada golongan kanak-kanak khusus pada kedua hari raya adalah amalan mulia yang diperakui oleh Islam sepertimana yang disebut dalam hadis nabi di atas. Bagi kanak-kanak yang menerimanya sentiasa bersyukur dan berdoa agar golongan pemberi dikurniakan limpahan rezeki yang baik pada masa-masa akan datang. Wallahu Alam.

Bersalam-salam dengan murid-murid
Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya: Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak. Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Kelapan :  “ Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal adalah itu puasa setahun “ Riwayat Muslim.

No comments: