Monday, September 27, 2010

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2010



















































AIDIL FITRI 2010

Program Jamuan Hari Raya Aidilfitri merupakan program pendidikan kemasyarakatan yang melibatkan aktiviti bersama anak-anak murid dari PraSekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 dan guru-guru serta seluruh warga SK Gunong.  Program ini merupakan salah satu proses P&P murid-murid sedari kecil bagi mengadaptasikan apa yang dipelajari di dalam kelas cara bersosial, bergaul, bersilatulrahim sekaligus menyumbang kepada perkembangan mental mereka dalam bermasyarakat. Mengambil keberkatan bulan Ramadan, program ini juga diyakini dapat memupuk nilai-nilai murni di dalam diri murid-murid sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim antara mereka, guru-guru dan seluruh warga sekolah.



Pantun Hari Raya
Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.


Udara dingin di hening pagi,
Tabuh bising mulakan hari,
`Hari' Aidilfitri menjelma lagi,
Semua murid berseri-seri.




Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba sahaya,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan di hari bahagia.


Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan mukmin menempuh halangan,
Mengenali pula erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan.


Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesilapan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat rapat tali keakrapan.


































No comments: