Sunday, February 13, 2011

KWAMP DAN SBT 2011

PENDAFTARAN KWAMP DAN SBT 2011 MELALUI PORTAL ekasih
Bermula pada sessi persekolahan 2011, Semua bantuan persekolahan seperti Skim Bantuan Tuisyen (SBT) , Skim Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan banyak lagi bantuan lain akan di salurkan kepada para pelajar yang layak berdasarkan daripada data yang dikutip daripada maklumat portal ekasih.

Bapa yang layak dan ingin memohon bantuan tersebut, hendaklah mendaftarkan sendiri maklumat peribadi dan pendapatan isi rumah secara online di Portal ekasih.
Siapa yang layak mendaftar?
Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar.
Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Ya. Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.
Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menuPendaftaran Ringkas, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas. Ruangan yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat yang wajib diisikan.

Pemakluman Mengenai Kemiskinan
Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.




Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih di:www.ekasih.gov.my.

No comments: