Wednesday, October 26, 2011

PERLANTIKAN PERJAWATAN DG29 dan DG41 (PJJ) DIBEKUKAN.

Merujuk surat siaran Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran bertarikh 18hb Oktober, 2011 semua perlantikan DG29 dan DG41 (PJJ) dibekukan dan tertakluk kepada perjawatan yang diperlukan.  Sila klik DI SINI untuk makluman tambahan.

`Pekeliling SPP mengenai Guru PJJ. Kalau ikutkan maksudnya bermakna sekarang ini guru PJJ DG41 bergantung kepada keperluan kekosongan jawatan dan bukannya seperti sebelumnya secara automatk dipanggi temuduga tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan......!!!!' kata seorang guru ahli forum.


Khirul Anuar Ishak Ya, betul. Hanya yg ditemuduga sebelum FEB 2011 shj yg akan dlantik. Yg selepas FEb 2011 kena tunggu kekosongan jwtn. Difahamkan KPM & JPA sdg berbincang utk memberikan DG41 KUP. Ertinya, kemungkinan tiada back dated/tunggakan. Lantikan mengikut tarikh jwtn diwujudkan. Bagi yg memohon temuduga pada THN 2011, mereka belum dipanggil utk temuduga sehingga ada kekosongan jawatan. Maklumat ini saya dpt semasa seminar KPPK Selangor yg disampaikan oleh Tuan Sulaiman Wak. S/U SPP


Hanya Allah sahajalah lebih mengetahui.  Allah hu `alam..!

1 comment:

syafiq said...

slm , apalah nasib kami mohon dg41 3.12.2010 pusat temuduga di Muar ( ramai memohon di sini tidak di panggil temuduga), dah letih memikirkannya....