Tuesday, July 27, 2010

Taklimat Prestasi, Kursus Dalam Perkhidmatan dan Hari Sukan.

Guru Besar Puan Azizah Ali sedang menyampaikan taklimat.
Taklimat prestasi kerjaya telah berjaya dilakukan bertempat di dalam Makmal Komputer sekolah.  Barangkali hal yang tidak menyeronok ialah semua guru terpaksa pulang lewat berbanding hari-hari biasa.  Namun, perkara positifnya pula ianya merupakan suatu aktiviti yang mampu menyentuh rasa kesedaran, menyuluh kekhilafan seorang insan dan muhasabah diri. Semua manusia tidak sempurna, maka wajar amalan saling ingat memperingatkan ini dilakukan dari semasa ke semasa. 



Perayaan Sukan Sekolah pula bakal diadakan pada 7hb Ogos nanti.  Persiapan padang sedang berlaku dengan amat rancak.  

Pak Long and Li berhenti penat setelah `mengerjakan' rumput di padang.
Rumput di `medan' telah hampir 90% dipotong rapikan, manakala garisan laluan larian padang `track' telah siap sedia digunakan.  Para peserta (atlit) rumah sukan akan mula berlatih bagi merebut kejuaraan bagi sesi kejohanan 2010.  Semua guru-guru pula telah dilantik menerima berbagai `jawatan' sempena hari sukan nanti.  Cikgu Rosli selaku PK Kokurikulum telahpun membacakan perlantikan guru-guru ke `jawatan' berkenaan bahkan menitipkan satu salinan kepada mereka.  Pertanyaan berkaitan tugas boleh menghubungi terus kepada beliau.

Kursus Pembinaan Web bakal dianjurkan selepas Hari Raya Puasa nanti.  Semua guru-guru SK Gunong dengan penuh semangat menanti-nanti kursus tersebut.  Dana atau peruntukan kursus yang berkurangan menyebabkan banyak kursus tidak dibiayai lagi, namun guru-guru SK Gunong dengan semangat yang waja dan berkobar-kobar telah bersepakat akan membiayai sendiri majlis ilmu yang ditunggu-tunggu itu.    

No comments: