Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata tetapi ianya boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah seperti membuat tinjauan alam atau lawatan sambil belajar.
Murid-murid juga boleh membuat perbandingan tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya atau dapat di ambil pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju kecemerlangan.
Bagi menterjemahkan dalam realiti kehidupan murid, maka Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Gunong, Alor Star, Kedah telah menganjurkan satu rombongan ke USM baru-baru ini. Dua buah bas dengan muatan penuh murid-murid SK Gunong bersama guru-guru pengiring telah berlepas ke USM seawal jam 8.00 pagi. Di sana, murid- murid dibawa melawat ke salah sebuah Muzium USM dan Perpustakaan Hamzah Endut bagi mendedahkan pelajar suasana pembelajaran di kampus agar menjadi perangsang kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi selepas selesai persekolahan nanti.
Keriangan jelas terpancar di wajah anak-anak SK Gunong ini. |
No comments:
Post a Comment