Monday, August 30, 2010

SAMBUTAN KEMERDEKAAN NEGARA PERINGKAT SK GUNONG 2010

Sejarah Awal Perjuangan Kemerdekaan




Kemerdekaan Tanah Melayu diperoleh dari Inggeris pada tanggal 31 Ogos 1957. Dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara dan kebebasan bangsa kita, memang banyak golongan telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan-tenaga dan nyawa.

Ketika Portugis menyerang Melaka, Bendahara Paduka Raja muncul sebagai pemimpin yang menentang serangan itu. Lebih tiga abad kemudian, penjajah Inggeris cuba menakluki negeri-negeri Melayu, timbul pula pembesar-pembesar Melayu terkenal: Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan ramai lagi yang bangkit melawan kuasa penjajah.

Dalam perjuangan menentang penjajah untuk mempertahan kedaulatan bangsa ini, dapat dilihat dua tradisi yang jelas. Pertama, tradisi melawan atau menentang penjajah habis-habisan. Kedua, tradisi bekerjasama atau bersubahat dengan penjajah.

Mereka yang menentang ada yang dibunuh, diburu, dibuang negeri dan dilucut kedudukan mereka. Yang menang pula kemudian diupah dengan pangkat, martabat dan kekayaan. Selepas penjajah menakluki negara dan rakyat, maka timbullah golongan yang berjuang untuk menentang penjajahan dan menegakkan kemerdekaan. Sejarah membuktikan golongan yan mula-mula bangkit untuk menuntut kemerdekaan terdiri daripada tokoh-tokoh atau pertubuhan-pertubuhan yang dicop oleh penjajah sebagai radikal dan kiri.

MERDEKA!
MERDEKA!!
MERDEKA!!! MERDEKA!!!! MERDEKA!!!!!
Doa dipohon bagi memberkati majlis
Menjelang esok, (31 Ogos) genaplah 53 tahun Malaysia  megah berdiri sebagai negara merdeka dan berdaulat.  Apakah erti kemerdekaan bagi bangsa sebuah negara merdeka seperti kita? Bebas daripada penjajahan fizikal dan mental oleh bangsa Eropah? Kita patutkah berbangga kerana tidak lagi dijajahi Inggeris?  Ataupun sebenarnya kita belum dibebaskan. Minda masih dicorak dan dikuasai oleh golongan dominan. Atau diri kita sendiri.
  Yang TIDAK MAHU BERUBAH!!  Masih berprasangka buruk.  Berdengkian dan dendam yang tidak pernah luak bersarang di hati sanubari. Tamak haloba, pencemar disiplin dan peraturan.

Guru Besar turut mengambil bahagian dalam menyemarakkan semangat patriot murid.
Adik kecil juga tidak ketinggalan memperdengarkan sajaknya.
 Demikian, seorang guru berpidato di hadapan murid-muridnya sempena sambutan ulang tahun hari merdeka negara.


1 MALAYSIA,  "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".


Pada mulanya gagasan 1Malaysia agak kabur sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan. Pada 15 April Perdana Menteri menemui pengarang media massa arus perdana bagi merungkaikan kekaburan tersebut. Selepas transkripnya disiarkan muncullah gambaran yang jelas dan terungkailah kekaburan itu.  Antara lain, 1Malaysia, mengikut penjelasan Perdana Menteri, seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia ialah: 
1.  Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;
Sajak patriotik dilaungkan dengan penuh semangat
2. Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan  dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan; dan 3. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. 

Untuk merealisasikan gagasan ini, Perdana Menteri menggariskan 8 nilai iaitu budaya cemerlang, daya tahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.  Sejauh mana gagasan 1Malaysia berjaya terpulang kepada kesungguhan, kejujuran dan keikhlasan rakyat dan kakitangan awam melaksanakannya. Semua rakyat tanpa mengira idealogi politik harus memberikan kerjasama. PM yakin sekiranya konsep 1Malaysia jika dihayati oleh pemimpin dan rakyat serta dilaksanakan sepenuhnya, Malaysia akan jadi negara contoh di dunia.





1Malaysia bukan sekadar “sebutan” atau dijadikan “tema” hari kebesaran tertentu, tetapi satu gagasan yang WAJIB dilaksanakan dengan sepenuh hati!



Merdeka!!!

No comments: